Mr.Taxi pon xtw nk bermula mcm mna. Bagaimana nk menggambarkan perasaan sekarang. Rasa sebak sgt. Diri ini rasa terlalu hina. Hina sgt2. Semalam rasa nk call sgt2 Ms.Taxi tp tkot keadaan jd mkin keruh. Jd Mr.Taxi buat keputusan utk tggu smpai pg xtido pon xpa walaupun sebenarnya itu satu keputusan bdk tadika ( bak kata Ms.Taxi la ) tp xtw knpa Mr.Taxi pilih mcm tu. Mgkin ad hikmah yg kita sendiri xtahu.
Sudah ditakdirkan Mr.Taxi & Ms.Taxi berjumpa dgn cara yg baik kemudian hadir pula perasaan yg pernah mengikat antara Adam & Hawa iaitu Cinta, Kasih & Sayang. Kami sama2 rasa walaupun ada skit keraguan ( skit ja :P ) yela bru ja bkenalan tkut jgk klau ditipu. Setelah lama berkenalan kami mula mngenal hati budi masing2.
Pejam celik pejam celik dh 1tahun 9bulan 13hari ( kalau ikut btul2 pengiraan hari. huhu. ) rasa mcm semalam baru berjumpa tepi padang. Banyak sgt kenangan yg kami terokai bersama. Terima kasih utk semua kenangan yg mgkin xkn perrnah ku rasa tanpa kehadiran dirimu dlm hidupku (jiwang sat). 1 demi 1 kenangan kita cipta bersama mengalahkan owg yg dh kahwin. :P .Semakin kita kenal diri masing2 semakin byk kekurangan yg kita temui. Itulah kelebihan hidup berpasangan. :)
Tetapi..
Apabila kita rasa diri kita semakin dekat maka akan hadir pula perasaan yg sepatutnya kita jauhi. Maaf kn Mr.Taxi sebab skali lagi telah membawa Ms.Taxi hanyut dlm dosa. Dosa yg sama2 kita kumpul sehingga sekarang. Dah banyak kali Mr.Taxi fikir2kn tp xmampu nk lawan xmampu nk bendung dgn gelojak jiwa muda. Ubatnya bkn melampiaskan segala yg terbuku dlm hati, bkn juga dgn cara yg Mr.Taxi tunjukkan.
Ubatnya hanya 1. Iaitu PERKAHWINAN. Hanya ini ubat yg mampu merawat masalah remaja seperti kita. Tetapi apabila REMAJA menyuarakan hasrat untuk memenuhi tuntutan yg 1 ini pasti akan mendapat tentangan. Nk salahkan mak ayah? ibu abah? mereka xsalah sebenarnya. Mungkin mereka nmpak yg kita belum cukup mampu belum cukup kekuatan untuk menempuhi 1 alam yg baru iaitu alam perkahwinan.
Tp sebenarnya kita xtahu samada kita mampu atau tidak melakukan sesuatu jika kita xmelangkah utk cuba rasai sendiri. Lain perkahwinan lain asam garam & rencahnya. Kita xboleh menilai perkahwinan seseorang dengan melihat perkahwinan ibu bapanya. Kerana yg akan berkahwin bukan ibu bapa. Seandainya bapa berkahwin sekali lg xmgkin hubungan akan sama dengan perkahwinan yg sebelumnya. Inilah yg dimaksudkan lain perkahwinan lain pula asam garam & rencahnya.
Berbalik kepada apa yg terjadi antara Mr.Taxi & Ms.Taxi. ( erm bila pkir psal ni msti jari akan berhenti menaip. xtwu ngah rasa apa sekarang ) Ms.Taxi seorang wanita, gadis, kawan, TTM ( teman tapi mesra ) pendengar yg setia, penyimpan rahsia yg baik, tunang & mgkin seorang bakal isteri yg baik. Sangat sempurna untuk menjadi seorang ibu kepada anak2 Mr.Taxi ( tp cengey skit. huhu :P ) . Harap jodoh kita akan kekal sampai bila2.
Mr.Taxi dh banyak sakitkan hati Ms.Taxi. Tak tawu la kali ni mcm mna pula kita nk selesaikan masalah kita. Harap semua berjalan dgn lancar. Mmg byk punca datang dari Mr.Taxi sbb selalu abaikan Ms.Taxi. Mr.Taxi harap sgt Ms.Taxi bleh tggu smpai Mr.Taxi blik. Rindu sgt2.
Yang pasal pertunangan tu nanti Mr.Taxi akan bincangkan dgn mak & ibu. Sama2 kita doa semoga depa boleh terima keputusan kita dgn hati terbuka. Mr.Taxi pon xtwu sama ada bleh tunggu lebih lama lagi ka tidak. Mr.Taxi takut kalau2 kita akan lebih hanyut dari sekarang. Hehe mcm la xkenal kegedixan & kenakalan luar biasa kadang2 mmg xleh dibendung. Natural2 jd dgn sendirinya bila bersama insan tersayang.
Benda inilah yg kadang2 Mr.Taxi fikir & tkut sgt2 jika kita masih meneruskan hubungan cinta terlarang ini rahmat dari Sang Pencipta xkan hadir dlm hubungan kita. Makin lama kita akan makin hanyut, makin hanyut & mungkin suatu hari akan tewas dgn NAFSU yg mengajak kita kearah kemungkaran. Mr.Taxi yg banyak mengajak, mengajar ke arah maksiat. Semua berpunca dari Mr.Taxi. Jika nakhoda sendiri xbleh mengemudi diri sendiri mcm mna nk mengemudi sebuah kapal yg lebih besar iaitu Kapal Rumah Tangga. Jadi Mr.Taxi sgt2 memerlukan sokongan dari Ms.Taxi utk sama2 bantu Mr.Taxi.
JANGAN asyik menyalahkan diri sendiri kerana ia xakan menyelesaikan apa2 masalah sebaliknya hanya akan menambahkan lagi masalah. Semoga kita sama2 bantu membantu untuk kita capai cita2 kita bina keluarga bahagia yg sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah. ( buat BABY sama2 :) ).
Mr.Taxi minx maf jika nukilan kali ni agak panjang. Bkn agak panjang tp mmg panjang. Inilah akibatnya jika Mr.Taxi mula bercakap mmg susah nk berhenti. Tp cukuplah sampai disini sja luahan rasa apa yg Mr.Taxi pendamkan selama ini. Semoga hubungan Mr.Taxi & Ms.Taxi kekal smpai bila2 ye. Doa tw utk Mr.Taxi & Ms.Taxi. Apa yg kita beri kita akan dapat balik. Walaupun yg diberi itu adalah doa. Terima kasih kerana sudi baca sehingga habis.
Kepada Ms.Taxi yg jauh dimata tp sentiasa hadir didalam hati & kotak fikiran. Jangan merajuk2 dh nah sayang. <3
Mrs.Taxi akan setia menunggu :)
ReplyDelete